NILAI SYARIAH DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI
1. Hubungan erat amalan beretika dan Islam
Islam merupakan agama yang syumul, lantas aspek kehidupan manusia tidak dijuzuk-juzukkan atau dipisah-pisahkan. Hukum-hukum syariah bukan sahaja mempunyai nilai dari segi perundangan, tetapi juga bermatlamatkan pembentukan akhlak dan sahsiah.
Sebagai contoh, pengharaman arak atau melakukan zina matlamatnya memelihara kesejahteraan dan mencegah kemusnahan di peringkat individu, keluarga dan juga masyarakat secara umumnya. Pemahaman tentang nilai dan hukuman dalam syariah tidak sahaja kehidupan di dunia, malah melibatkan perbicaraan dan hukuman di mahkamah akhirat kelak, ianya berkait dengan konsep pahala dan dosa.
Setiap penemuan dalam bidang sains dan teknologi oleh manusia adalah tidak sedikitpun terhalang dengan ajaran Islam kerana Islam itu adalah agama yang dibina di atas dasar ilmu. Hal ini dikuatkan dengan ayat-ayat al-Quran yang mejelaskan kepentingan ilmu.
0 comments