Dalam membangunkan sesebuah teknologi, lima hukum taklifi yang wajib dijadikan neraca pertimbangan agar ianya tidak melanggar dasar-dasar hukum tersebut. Disini dinyatakansecara terperinci hukum taklifi seperti berikut:
- WAJIB : setiap perintah yang wajib dilaksanakan oleh setiap individu muslim ianya akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Begitu juga sebaliknya, jika individu muslim tidak melaksanakan tuntutan tersebut maka akan diberi hukuman. Contohnya ibadat solat lima waktu.
- SUNAT :Sesuatu yang baik dan dianjurkan oleh Islam dan mendapat pahala bagi yang melakukannya. Contohnya: Penciptaan peralatan moden dalam sains dan teknologi dalam memberi kemudahan kepada manusia.
- HARUS: Amalan yang setara dengan nilainya, tidak berdosa ditinggalkan dan tidak pula diberi pahala apabila dilakukannya. Contohnya: Makanan dan minuman yang pelbagai jenis yang kita dapati ianya harus dinikmati selagi ia tidak diharamkan.
- MAKRUH : Sesuatu yang kurang baik dilakukan, meninggalkannya akan diberi pahala dan tidak berdosa melakukannya. Contoh : memakan makanan yang berbau.
- HARAM : sesuatu yang dilarang secara qat’i di dalam Al-Quran dan as- Sunnah, melakukannya adalah dosa dan akan mendapat hukuman jika seseorang individu tersebut tidak bertaubat kepada Allah SWT. Contohnya, mencipta teknologi moden bagi memerangi manusia yang tidak berdosa. Peralatan teknologi maklumat bagi menyebarkan fitnah dikalangan manusia.
No comments:
Post a Comment