llolipopccandy

Muhammad Hakim Bin Selamat
View my complete profile
Powered by Blogger.

GOGO! MUSLIM IN THE WORLD

LETS US MUSLIM IN THE WORLD MOVE FORWARD FOR BETTER WORLD.

1. Hubungan erat amalan beretika dan Islam
Islam merupakan agama yang syumul, lantas aspek kehidupan manusia tidak dijuzuk-juzukkan atau dipisah-pisahkan. Hukum-hukum syariah bukan sahaja mempunyai nilai dari segi perundangan, tetapi juga bermatlamatkan pembentukan akhlak dan sahsiah.

Sebagai contoh, pengharaman arak atau melakukan zina matlamatnya memelihara kesejahteraan dan mencegah kemusnahan di peringkat individu, keluarga dan juga masyarakat secara umumnya. Pemahaman tentang nilai dan hukuman dalam syariah tidak sahaja kehidupan di dunia, malah melibatkan perbicaraan dan hukuman di mahkamah akhirat kelak, ianya berkait dengan konsep pahala dan dosa. 

Setiap penemuan dalam bidang sains dan teknologi oleh manusia adalah tidak sedikitpun terhalang dengan ajaran Islam  kerana Islam itu adalah agama yang dibina di atas dasar ilmu. Hal ini dikuatkan dengan ayat-ayat al-Quran yang mejelaskan kepentingan ilmu. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
ETIKA DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI
Dalam penggunaan teknologi yang serba canggih kini, pengguna perlu patuh kepada etika yang telah ditetapkan dalam Islam,antaranya :
1. Menghasilkan teknologi yang tidak merosakkan akhlak muslim.
2. Tidak menghasilkan teknologi yang bertentangan dengan hukum Allah seperti membina patung-
    patung.
3.Tidak menghasilkan teknologi yang melalaikan.
4. Menggunakan teknologi yang tidak mengabaikan aspek kemanusiaan sebagai contoh penciptaan 
    senjata moden untuk memerangi manusia serta merosakkan alam.

KESAN PENGABAIAN ETIKA DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI
Lahirnya saintis dan teknokrat yang tidak beretika akan menyebabkan berlakunya eksploitasi alam tanpa kawalan dan seterusnya akan mengakibatkan kerosakan kepada alam dan manusia. Membangunkan penyelidikan yang tidak memenuhi tuntutan agama juga boleh membawa kesan hilangnya nilai ubudiyyah terhadap Pencipta sekalian alam. Firman Allah SWT :

Image result for surah al dzariyat ayat 56
Image result for kesan pengabaian etika dalam sains dan teknologi
KESIMPULAN
Seseorang ahli sains atau teknokrat Muslim mestilah : 
1. Bermula dengan kepercayaan dam keimanan kepada Allah SWT.
2. Berpegang teguh dengan ajaran Islam.
3. Bertindak melakukan kajian dan menggunakan teknologi  berdasarkan prinsip dan disiplin ilmu
    "amal makruf dan nahi mungkar".

Sekiranya nilai-nilai dan Etika Islam digabungkan dalam penemuan sains dan teknologi dan dilaksanakan, ianya akan membangunkan manusia dan menjadikan insan yang mampu memberikan keamanan dan keselamatan keatas segala hidupan di dunia, manakala di akhirat dijanjikan Allah SWT dengan ganjaran syurga.
                                     






Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Perkataan etika berasal daripada bahasa Yunani iaitu ethos, yang bermaksud watak atau adat.
Etika merupakan satu bidang falsafah yang membicarakan tentang tingkah laku manusia dari aspek-aspek lahiriah dan batiniahnya , dalam hubungan dengan sains, etika adalah satu bidang ilmu yang mengkaji soal kebaikan dan keburukan dalam sains; berhubung dengan tatacara untuk mempraktiskan kebaikan dan menolak keburukan dalam amalan dan penggunaan sains dan teknologi.
Islam telah menyediakan panduan yang sempurna untuk mengatur segala perlakuan manusia dalam apa jua bidang kerjaya sepanjang zaman. Terdapat konsep-konsep asas yang mampu membimbing ahli sains dalam urusan peribadi dan profesyennya. Konsep asas tersebut terdiri daripada tiga unsur utama:

i. Keimanan kepada Allah s.w.t.
Iman adalah teras kepada semua jenis amalan dalam Islam. Seorang ahli sains perlu mempunyai keimanan serta keyakinan yang kukuh kepada Allah dan sentiasa memohon bantuan daripadaNya. 
Mereka perlu sedar Allah sentiasa melihat segala pemikiran dan perlakuan manusia. Allah merupakan Pencipta dan Pemilik alam yang menjadi bahan kajian dan penggunaan sains dan teknologi. Sesungguhnya keimana kepada Allah akan menyediakan asas yang kukuh kepada kelahiran generasi muslim yang bermoral.

ii. Kepatuhan kepada Syariah dan etika kerja
Seseorang ahli sains perlu mempunyai ketaantan yang tinggi terhadap peraturan-peraturan dan ketentuan Allah dengan mengambil kira persoalan halal dan haram dalam kerjayanya. Matlamat yang murni dalam pembangunan dan penggunaan teknologi seharusnya seiring dengan kaedah yang tidak melanggar batas-batas ajaran Islam. 
Kepatuhan kepada peraturan Allah dijadikan asas penting kepada etika kerjanya sekalipun berlawanan dengan tuntutan keinginan kerana sains tidak boleh bersifat neutral dan bebas.

iii. Mementingkan aspek kemanusiaan dan ihsan
Dalam penggunaan sains dan teknologi aspek kemanusiaan dan ihsan merupakan suatu yang tidak boleh diabaikan. Para saintis adalah khalifah Allah di bumi. Mereka bertanggungjawab untuk membawa kemakmuran dan menjaga keharmonian. Mereka perlu menghindari diri dari mengekskploitasi sewenang-wenangnya segala isi kandungan alam semata-mata untuk kepentingan sanis, material dan kekayaan. Mereka perlu melindungi alam sekitar, bersifat belas ihsan dan menghormati hak-hak manusia dan lain-lain kehidupan untuk hidup dengan selesa.
Sebagai rumusannya, seseorang ahli sains atau teknokrat muslim yang ingin melaksanakan sesuatu perbuatan atau amalan sainsnya, seharusnya bermula dengan kepercayaan dan keimanan kepada Allah serta berpegang teguh kepada ajaran agama dalam profesyennya. Beliau juga perlu bertindak untuk memastikan adanya persiapan yang cukup sama ada dari segi kuasa intelek atau pun kuasa emperik yang bercorak teknik. Tindak tanduknya pula dibaluti dengan nilai-nilai etika dan moral yang suci murni berdasarkan prinsip “melakukan sesuatu yang baik dan menjauhi yang mungkar”. Dengan itu persoalan krisis etika dalam pelbagai amalan sains dapat dihindarkan dan sains menjadi ilmu yang mampu memberi manfaat yang menyeluruh.

KESIMPULAN RINGKAS CIRI-CIRI SAINTIS DAN TEKNOKRAT MUSLIM SEPERTI BERIKUT.
1. Bersifat luhur serta tunduk dan patuh kepada Allah SWT. Sentiasa menyakini               segala sesuatu adalah dating dari Allah SWT, serta berperanan dalam                             menyampaikan dakwah kepada manusia dalam mengenal hakikat 
        Pencipta.
2. Yakin bahawa tiada sesuatu yang berlaku melainkan dengan izin Allah.
3. Niat yang ikhlas iaitu melakukan sesuatu semasa pengabdian kepada Allah.
4. Ihsan dalam melakukan sesuatu tindakan.
5. Melakukan setiap pekerjaan dengan penuh tekun dan bersungguh-sungguh
6. Tidak melakukan kerosakan dalam membangunkan teknologi.
7. Bertanggungjawab dalam setiap tindakan dan aktiviti yang dilakukan.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Dalam membangunkan sesebuah teknologi, lima hukum taklifi yang wajib dijadikan neraca pertimbangan agar ianya tidak melanggar dasar-dasar hukum tersebut. Disini dinyatakansecara terperinci hukum taklifi seperti berikut:

Image result for solat
  1. WAJIB : setiap perintah yang wajib dilaksanakan oleh setiap individu muslim ianya akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Begitu juga sebaliknya, jika individu muslim tidak melaksanakan tuntutan tersebut maka akan diberi hukuman. Contohnya ibadat solat lima waktu.
Image result for create new technology
  1. SUNAT :Sesuatu yang baik dan dianjurkan oleh Islam dan mendapat pahala bagi yang melakukannya. Contohnya: Penciptaan peralatan moden dalam sains dan teknologi dalam memberi kemudahan kepada manusia.
Image result for people eat an apple
  1. HARUS: Amalan yang setara dengan nilainya, tidak berdosa ditinggalkan dan tidak pula diberi pahala apabila dilakukannya. Contohnya: Makanan dan minuman yang pelbagai jenis yang kita dapati ianya harus dinikmati selagi ia tidak diharamkan.
Image result for orang makan petai
  1. MAKRUH : Sesuatu yang kurang baik dilakukan, meninggalkannya akan diberi pahala dan tidak berdosa melakukannya. Contoh : memakan makanan yang berbau.
Image result for create weapon
  1. HARAM : sesuatu yang dilarang secara qat’i di dalam Al-Quran dan as- Sunnah, melakukannya adalah dosa dan akan mendapat hukuman jika seseorang individu tersebut tidak bertaubat kepada Allah SWT. Contohnya, mencipta teknologi moden bagi memerangi manusia yang tidak berdosa. Peralatan teknologi maklumat bagi menyebarkan fitnah dikalangan manusia.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts

About me

recent posts

Sponsor

Facebook

Blog Archive

  • ▼  2017 (4)
    • ▼  March (4)
      • NILAI SYARIAH DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI
      • ETIKA DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI
      • ETIKA SAINTIS DAN TENOKRAT MUSLIM
      • 2. PERTIMBANGAN NILAI SYARIAH DALAM MEMBUAT SEGALA...

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates